Netanyahu arah roboh segera 42 rumah penduduk Palestin

NAZARETH, 18 Dis 2016 (PIC) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu mengarahkan pihak perbandaran dan keselamatan supaya meroboh sebanyak 42 buah rumah penduduk Palestin di al-Quds dan beberapa bandar lain dalam Wilayah Palestin 1948 termasuk di Haifa dan Gurun Naqab.

Semua rumah yang dikatakan “haram” itu dibina di atas tanah milik persendirian penduduk Palestin, namun pihak Zionis menjadikannya amat sukar, atau mustahil, untuk pemiliknya mendapatkan kebenaran membina rumah atau bangunan.

Sebanyak tujuh buah bangunan akan dirobohkan pada hari Selasa dan Rabu, dan bakinya akan dirobohkan kemudian.

Arahan tersebut dibuat kerana kemarahan Netanyahu atas kejayaan penduduk Palestin mendapatkan arahan mahkamah supaya pos penempatan haram pendatang Yahudi di Amona dikosongkan sebelum 25 Disember 2016. Pos Amona dibina dengan bantuan rejim Zionis di atas tanah persendirian penduduk Palestin di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts