AL-QUDS, 3 Feb 2016 (PIC) — Pemimpin rejim penjajah Zionis, Benjamin Netanyahu, dalam satu sesi mesyuarat kerajaannya Ahad lalu mengeluarkan arahan supaya dipercepat proses merobohkan rumah keluarga penduduk Palestin yang mereka dakwa terlibat menyerang kepentingan rejim dan penduduknya.
Netanyahu melahirkan rasa kecewa dengan proses yang sekarang ini dikatakan sebagai agak perlahan.
Rejim Zionis merancang untuk merobohkan sejumlah 90 buah rumah milik keluarga mereka yang didakwa melakukan serangan di seluruh wilayah Palestin. Tindakan itu dilihat sebagai hukuman secara kolektif dan perkauman yang telah diamalkan oleh pihak rejim sejak tahun 1960-an lagi.