Netanyahu benarkan 1,000 Yahudi berpindah dari Ethiopia

BAITULMAQDIS, 19 Sep 2018 — Pemimpin Zionis, Benjamin Netanyahu, memaklumkan jawatankuasa kabinetnya untuk membenarkan 1,000 orang Yahudi dari kaum Falash Mura di Ethiopia untuk berpindah ke bumi Palestin yang terjajah.

Kenyataan Netanyahu menyebut bahawa ahli komuniti Falash Mura harus dibawa pindah kerana anak-anak mereka telah pun berpindah sebelum ini. Mereka merupakan keturunan Yahudi yang telah dipaksa menganut agama Kristian dalam kurun ke-19.

Pada tahun 2015, rejim Zionis menyenaraikan 9,000 Yahudi Ethiopia yang dibenarkan berhijrah dalam tempoh lima tahun, atas kapasiti penyatuan keluarga. Bagaimanapun, sehingga kini hanya 1,300 orang berpindah.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts