Netanyahu Bersetuju Hadkan Kemasukan Jemaah ke al-Aqsa Semasa Ramadan

Menurut laporan yang belum disahkan, Saluran 13 Israel melaporkan Benjamin Netanyahu telah tunduk kepada permintaan Menteri Pelampau Itamar Ben-Gvir untuk membataskan akses jemaah muslim ke Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan.

Shin Bet telah memberi amaran langkah tersebut akan mewujudkan ketegangan terutama kepada warga Palestin yang memiliki status “penduduk tetap”. Langkah ini ibarat mencurah minyak ke dalam api.

Saluran 13 melaporkan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant dan Menteri Kabinet Perang, Benny Gantz menentang keputusan Netanyahu kerana tidak dibincangkan bersama dalam kabinet.

Ramadan dijangka bermula pada awal Mac dan bulan suci ini adalah identiti kepada umat Islam. Belakangan ini, pihak penjajah telah membataskan kemasukan warga Palestin ke Masjid al-Aqsa.

Netayanhu (kiri) dan Ben Gvir (kanan)

Pihak tentera dan perisikan Zionis Israel telah meminta pihak yang berkaitan agar bersikap lebih lunak terhadap warga Palestin di Tebing Barat dan al-Quds.

Semoga rancangan ini mendapat pembalasan daripada pejuang Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts