Netanyahu hasut supaya UNRWA dibubar

BAITUL MAQDIS, 11 Jun 2017 (PIC) — Pemimpin rejim Zionis, Benjamin Netanyahu, hari ini mengumumkan dalam sidang mingguan parlimen Zionis bahawa beliau telah mendesak Duta Amerika ke PBB, Nikki Haley, supaya badan dunia itu membubar operasi Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA).

Netanyahu mendakwa kononnya berbagai institusi UNRWA membuat hasutan ke atas kepetingan rejimnya, menjadikan kewujudan badan itu sebagai mengekalkan masalah perlarian sehingga terus berlarutan tanpa menyelesaikannya.

Jumaat lalu, rejim Zionis mendesak supaya PBB mengutuk keras Hamas tanpa ragu dan memasukkan secara rasmi pergerakan tersebut sebagai sebuah pertubuhan pengganas.

UNRWA ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1949 bagi membantu pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat dan Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts