AL-QUDS, 7 Apr 2016 (PIC) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu petang semalam menghasut tenteranya supaya meneruskan usaha menentang habis-habisan kebangkitan penduduk Palestin.
Ketika melawat beberapa kawasan penempatan haram Yahudi, beliau mengarahkan supaya mereka yang menentang kepentingan Zionis diserang tanpa mengira kira masa dan tempat. Beliau turut memuji tindakan yang telah dilakukan oleh tentera penjajah dan pasukan perisik Shabak di seluruh wilayah Tebing Barat, dan menghasut supaya langkah tersebut ditingkatkan.
Dalam lawatan tersebut, pemimpin kanan tentera Zionis membentang data yang menunjukkan penurunan angka kematian di kalangan penduduk Yahudi, berbanding dengan peningkatan ketara di kalangan pemuda Palestin.