Netanyahu ikrar tutup semua saluran TV satelit Palestin

AL-QUDS, 14 Mac 2016 (MEMO) — Pemimpin rejim penjajah Zionis Benjamin Netanyahu semalam berikrar untuk menutup semua saluran TV satelit Palestin atas alasan mereka membuat hasutan terhadap rejimnya.

Dalam ucapan pembukaan kabinetnya Netanyahu menyebut, “Kita sedang bertindak ke atas saluran satelit yang menghasut pembunuhan rakyat Yahudi, jadi saya telah bercakap dengan Presiden Perancis Francois Hollande berkenaan perkara ini hujung minggu lalu.”

Netanyahu sebelum ini mendesak presiden Perancis supaya menutup siaran saluran TV al-Aqsa, yang menggunakan perkhidmatan satelit dari Perancis, Eutelsat. Bagaimanapun saluran tersebut kembali ke udara menggunakan perkhidmatan satelit yang lain.

Terdahulu pada hari Jumaat, saluran TV satelit Palestin al-Yawm ditutup oleh tentera Zionis. Pengurus saluran TV tersebut turut ditangkap.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts