Netanyahu isytihar rumah Abu Rajab sebagai kawasan larangan tentera

AL-KHALIL, 26 Julai 2017 — Selepas lebih 120 pendtang Yahdui menyerbu dan menduduki bangunan rumah keluarga Abu Rajab berdekatan Masjid Ibrahimi di al-Khalil semalam, Benjamin Netanyahi mengarahkan supaya tentera Zionis mengisytihar rumah tersebut sebagai kawasan larangan tentera.

Tentera Zionis telah menghalau keluar keluarga Abu Rajab dari rumah tersebut.

Netanyahu turut mengarahkan Menteri Perang Avigdor Leiberman supaya tidak mengusir keluar kumpulan pendatang Yahudi tersebut. Mereka bahkan telah membawa masuk perabut ke dalam bangunan.

Pendatang Yahudi mendakwa mereka telah membeli bangunan tersebut enam bulan lalu, tetapi pemilik asalnya menafi dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa pendatang Yahudi terbabit telah mengemukakan dokumen palsu dalam tuntutan mereka.

(IMEMC | Maan | PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts