Netanyahu lawat tapak pembinaan tembok pemisah baharu di al-Khalil

BEIT LAHM, 20 Julai 2016 (Maan) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu bersama Menteri Perang Avigdor Lieberman membuat lawatan ke kawasan projek pembinaan tembok pemisah baharu di al-Khalil hari ini.

Tembok sepanjang 42 kolimeter itu akan bermula dari kawasan peempatan haram Meitar di selatan, sehingga ke perkampungan Palestin Turkamiya di barat al-Khalil. Pembinaannya akan mengambil masa selama setahun.

Tembok baharu itu kononnya dibina bagi menghalang kemasukan “penduduk haram” dan “penyerang Palestin.”

85% daripada tembok pemisah terdahulu dibina di dalam wilayah Palestin, menyebabkan penduduk Palestin terpisah dan terhalang dari ladang, tempat kerja, sekolah dan keluarga mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts