Netanyahu Luluskan 2,300 Unit Penempatan Haram Baharu

BETHLEHEM, 10 Nov 2015 (PNN) — Menjelang perjumpaan beliau dengan Presiden Amerika, pemimpin Zionis Benyamin Netanyahu meluluskan perluasan sebanyak 2,200 unit penempatan haram baharu di atas tanah milik penduduk Palestin di Ramallah.

Unit penempatan baharu itu dijangka siap menjelang tahun 2030, melibatkan beberapa kawasan seperti penempatan haram Ma’ale Mikhmas di timur Ramallah.

Tindakan beliau dibuat ditengah-tengah ketegangan yang menyaksikan lebih 80 penduduk Palestin terkorban ditembak tentera Zionis dan pendatang haram Yahudi sejak 40 hari lalu. Manakala 12 orang askar dan pendatang Yahudi mati, sebahagiannya dalam insiden ke atas orang Yahudi sendiri yang dikatakan mempunyai “sifat-sifat seperti orang Arab.”

netanyahu-settlements2

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts