Netanyahu Mempertahankan Tindakan Tenteranya Terhadap Serangan Ke Atas Konvoi Flotilla

31 Mei – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan kekesalan sehinga menyebabkan kehilangan nyawa kalangan aktivis antarabangsa selepas pasukan komando Tentera Laut Israel menyerang armada membawa bantuan ke Gaza, namun belia menegaskan pasukan Israel melepaskan tembakan yang dibenarkan untuk membela diri.

Netanyahu, yang sehari sebelumnya membatalkan rancangan lawatan ke Washington di mana beliau sepatutnya bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, mengatakan bahawa Israel bersedia untuk membawa semua bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh kapal-kapal flotilla kepada warga awam di Gaza.
Beliau juga mengatakan bahawa kepungan Israel di Jalur Gaza akan terus berlanjutan. (haaretz/hp)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts