Netanyahu minta Ban Ki-Moon usaha bebaskan tenteranya dari Gaza

AL-QUDS, 28 Jun 2016 (PIP) — Pemimpin rejim Zionis Benjamin Netanyahu meminta Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon supaya membantu usaha membebaskan tenteranya yang ditawan oleh Briged Izzudin al-Qassam di Gaza.

Dalam kunjungan Ki-moon ke al-Quds hari ini, Netanyahu mendakwa Hamas telah mencabul undang-undang awam dengan menahan dua orang askarnya. Beliau memohon supaya Ki-moon mengambil kesempatan dalam lawatan beliau ke Palestin untuk membebaskan dua tawanan tersebut.

Ketika melawat al-Quds, Ki-moon turut dijadualkan bertemu dengan keluarga askar tawanan Hadar Golden, Shaol Aron dan Abraham Mengisto.

Briged Izzudin al-Qasam April lalu mengumumkan mereka sedang menahan empat orang askar Zionis, namun menegaskan bahawa pihak rejim tidak mungkin akan mendapat sebarang maklumat berkaitan tahanan secara percuma. Zionis harus membayarnya dengan harga yang tinggi sebelum memulakan sebarang rundingan, kata jurucakap Hamas, Abu Ubaidah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts