AL-QUDS, 10 Nov 2016 (PIC) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu memohon bantuan Rusia bagi mendapatkan pembebasan dua tenteranya yang hilang dalam serangan di Gaza sejak akhir 2014 lalu.
Dalam pertemuan dengan Perdan Menteri Rusia, Dmitry Medvedev, di al-Quds hari ini, Netanyahu mengucap terima kasih di atas kesediaan Rusia untuk membantu dalam usaha membebaskan Hadar Golden dan Aron Shaul.
Briged al-Qassam tetap dengan ketegasan mereka bahawa sebarang maklumat tentang kedua-dua askar tersebut tidak akan dikeluarkan secara “percuma.”
Medvedev tiba di al-Quds semalam dengan memulai kunjungannya ke negara haram itu dengan melawat Tembok Ratapan.