Netanyahu minta Mesir bantu bebaskan tawanan perang

AL-QUDS, 11 Julai 2016 (PIC) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu meminta bantuan Mesir untuk membebaskan tawanan yang sedang ditahan di Gaza, berikutan tekanan dari keluarga tawanan terbabit.

Permohonan rasmi dibuat dalam lawatan Menteri Luar Mesir, Sameh Shukri, ke negara haram itu semalam.

Empat tawanan termasuk tiga askar Zionis sedang ditahan di Gaza. April lalu Briged al-Qassam, yang dikatakan bertanggungjawab terhadap tawanan terbabit, menegaskan bahawa mereka tidak akan memberi sebarang maklumat berkenaan para tawanan secara percuma.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts