Netanyahu: Orang Islam Adalah “Binatang Merbahaya”

BETHLEHEM, 19 Nov 2015 (PNN) — Dalam satu persidangan antarabangsa bersama Duta Perancis di Al-Quds, pemimpin rejim pengganas Zionis Benjamin Netanyahu menggelar orang Islam sebagai “binatang” yang harus dihapuskan.

Menurut laporan media Zionis, Hayom Daily, Netanyahu membuat kenyataan tersebut dalam persidangan diplomat asing bagi menangani serangan di Perancis minggu lalu.

Dengan merujuk kepada orang Islam sebagai “binatang merbahaya,” Netanyahu juga menyatakan bahawa terdapat ramai [orang Islam] di dalam negara haram Zionis tersebut, sambil menambah bahawa dunia harus memahami keseriusan masalah ini, menunjukkan keperluan untuk “mengalahkan binatang-binatang ini.”

“Binatang ini semakin mendapat nama – ia adalah Islam radikal. Apa yang mereka buat adalah membunuh, merogol, membakar dan memenggal kepala.”

Sehari sebelumnya, Menteri Pelajaran Zionis Naftali Bennett menyuarakan supaya, “[tentera Zionis] harus bunuh lebih ramai [orang Arab] kerana sesiapa sahaja yang bangkit menentang [rejim Zionis] harus mati.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts