Netanyahu sokong hukuman mati ke atas Omar al-Abed

AL-QUDS, 28 Julai 2017 — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu menyokong desakan supaya hukuman mati dikenakan ke atas Omar al-Abed yang telah menikam mati tiga pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Halamish Jumaat lalu.

“Sudah masanya untuk mengenakan hukuman mati,” kata beliau ketika melawat keluarga tiga pendatang Yahudi terbabit.

Ahad lalu, Menteri Perang Zionis Avigdor Lieberman, Menteri Kehakiman Ayelet Shaked dan Menteri Pendidikan Naftali Bennett mendesak mahkamah tentera menjatuhkan hukuman mati ke atas Omar, setelah Menteri Perisikan Yisrael Kats mengusulkan cadangan tersebut sehari sebelumnya.

Selepas insiden tikaman tersebut, tentera Zionis mengeluarkan arahan supaya rumah keluarga Omar diroboh.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts