Netanyahu tangguh undang-undang mengiktiraf pos penempatan haram sehingga Trump ambil alih kepimpinan Amerika

AL-QUDS, 9 Dis 2016 (PIC) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu dan ketua parti pelampau Jewish Home, Naftelli Bennet, berpakat untuk menangguhkan persetujuan ke atas rang undang-undang mengiktiraf pos penempatan haram Yahudi sehingga selepas Donald Trump mengambil alih jawatan Presiden Amerika daripada Donald Trump pada bulan Januari akan datang.

Rang undang-undang tersebut telah mendapat persetujuan dalam undian pusingan pertama, di mana sekitar 55 pos penempatan haram yang dibina di atas tanah Palestin di Tebing Barat akan diiktiraf dan diakui sah, melibatkan 4,000 unit perumahan yang sebelum ini mereka sendiri anggap sebagai haram.

Rejim Zionis juga mengiktiraf pemilikan Yahudi ke atas tanah kebun penduduk Palestin yang dirampas atas status “tanah yang ditinggalkan,” iaitu tanah milik penduduk Palestin yang dihalau keluar secara kekerasan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts