Netanyahu Tidak Akan Serahkan Kembali Kawasan C Kepada Palestin

TEBING BARAT, 29 Nov 2015 (Alray) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu dalam mesyuarat khusus bersama barisan menteri dari Parti Likud hari ini mengisytiharkan beliau tidak merancang untuk menyerahkan semula tanah Palestin di Kawasan C.

“Tidak 40 ribu dunam, tidak 10 ribu, tidak juga satu meter sekalipun,” kata beliau.

Kebinet hari ini mendesak penjelasan tentang laporan bahawa Netanyahu mengarahkan pihak pentadbiran Zionis menyerahkan seluas 10,000 dunam (2,471 ekar) tanah di Kawasan C di Tebing Barat kepada pihak Berkuasa Palestin (PA). Menurut media Zionis, langkah itu dibuat bagi meredakan suasana tengang yang berlaku di sekitar Kawasan C.

Perjanjian Oslo II membahagikan Tebing Barat kepada Kawasan A, B dan C. Kawasan A dan B diputuskan untuk didiami oleh penduduk Palestin sahaja, makala semua tanah yang mengelilingi Kawasan A dan B di panggil Kawasan C. Dianggarkan 350,000 pendatang Yahudi tinggal di Kawasan C dalam 235 buah penempatan haram. 99% Kawasan C dinafikan ke atas penduduk Palestin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts