Netanyahu tolak pembentukan jawatankuasa penyiasat serangan 2014

GAZA, 25 Ogos 2016 (Alray) — Keluarga askar Zionis yang mati dalam serangan ke atas Gaza pada tahun 2014 mendakwa Benjamin Netanyahu masih enggan membentuk jawatankuasa penyiasat bagi mengkaji hasil serangan tersebut.

Keluarga terbabit mendesak Netanyahu mendedahkan laporan yang dibuat oleh pengkaji Joseph Shapira, yang baru-baru ini dibocorkan. Laporan tersebut dikatakan mendakwa kegagalan politik dan ketenteraan rejim Zionis dalam serangan selama 51 hari tersebut. Ia juga mengecam kegagalan Netanyahu dan pemimpin kanannya menangani ancaman terowong bawah tanah.

Seramai 2,323 penduduk Palestin terkorban dalam serangan tersebut. Manakala 67 askar Zionis dan tujuh pendatang Yahudi mati.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts