Nyahkan kaum bukan Yahudi dari bumi Palestin – Rabbi Dov Lior

Sebilangan rabbi Yahudi berkefahaman Zionis menyeru supaya dihalau semua orang bukan Yahudi, terutama bangsa Arab, daripada bumi Palestin yang terjajah. Seruan itu dikatakan sebagai usaha untuk meneruskan “kehidupan beretika dan kejernihan agama masyarakat Israel.”

Dalam satu persidangan tahunan yang keempat Ramale (kelompok rabbi Yahudi) pada hari Selasa lalu, seorang rabbi bernama Dov Lior dari Kiryat Araba, iaitu sebuah penempatan haram berdekatan Hebron, menyebut “hari ini, begitu luas tanah di Arab Saudi, dan juga di Libya. Terdapat begitu luas tanah-tanah di tempat lain.”

Dalam syarahanya yang penuh dengan kata-kata kebencian, Dov Lior mencadangkan supaya Israel menawarkan insentif kewangan kepada bangsa Palestin supaya mereka meninggalkan bumi warisan nenek moyang mereka itu.

Fokus perbincangan di persidangan tersebut adalah bagaimana untuk memaksa kaum bukan Yahudi meninggalkan bumi Palestin yang dijajah itu, demi memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi, yang sebahagian besarnya tidak ada kaitan atau pertalian langsung dengan bumi Palestin.

Dov Lior pernah menimbulkan kontroversi apabila memuji pengganas Baruch Goldstein yang membunuh 29 bangsa Arab ketika mereka sedang beribadah di masjid Ibrahim, Hebron pada tahun 1994.

“Kedamaian di tanah suci ini tidak lagi menjadi persoalan kerana bangsa Arab tidak akan membenarkan Yahudi merampas tanah ini,” kata Dov Lior.

Antara pembicara lain dalam persidangan itu adalah rabbi Shmuel Elyahu, yang terkenal dengan kepercayaannya bahawa kaum bukan Yahudi adalah golongan yang rendah mental dan intelektual berbanding kaum Yahudi. Menurutnya, Israel telah berjuang dalam satu bentuk peperangan yang begitu berbeza daripada lazimnya.

Shmuel Elyahu seterusnya berpendapat kaum Yahudi tidak harus bergaul atau berjiran dengan kaum-kaum lain. Yahudi juga tidak dibenarkan memberi sewa atau menjual harta kepada bukan Yahudi. Beliau turut menyebut bahawa secara umumnya fasisme adalah suatu yang menjijikkan, tetapi fasisme Yahudi adalah berbeza kerana ianya di tanzilkan oleh Tuhan.

—————-

Sumber berita: Palestine Information Center

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts