OCHA: 33 bangunan penduduk Palestin dirobohkan dalam tempoh 2 minggu

BEIT LAHM, 9 Dis 2018 — Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) di wilayah Palestin mengesahkan bahawa sebanyak 33 buah bangunan termasuk rumah penduduk Palestin diroboh atau dirampas sepanjang tempoh dua minggu dari 20 November sehingga 3 Disember.

Rejim Zionis mendakwa bangunan-bangunan terbabit, termasuk dua bangunan yang dibina untuk tujuan bantuan kemanusiaan, dibina tanpa kebenaran. Sebanyak 24 daripadanya adalah di Baitulmaqdis Timur.

Tindakan tersebut memberi kesan ke atas 226 orang penduduk Palestin, di mana 16 daripada mereka termasuk enam kanak-kanak kehilangan tempat berteduh.

Laporan dwi-mingguan OCHA juga menyebut bahawa sebanyak 11 serangan ke atas penduduk Palestin dilakukan oleh pendatang Yahudi sepanjang tempoh tersebut.

Di samping itu pendatang Yahudi juga merosakkan tanaman dan kenderaan, serta menyembur tulisan-tulisan slogan perkauman pada kenderaan dan dinding-dinging sekolah, masjid dan rumah.

Keganasan pendatang Yahudi di Tebing Barat meningkat sejak awal tahun 2018, dengan purata lima serangan ke atas penduduk Palestin atau harta mereka setiap minggu. Purata serangan pada tahun 2017 adalah tiga kes dalam seminggu.

(Maan, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts