OCHA desak henti sekatan ke atas Gaza

GAZA, 20 Mei 2018 — Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) hari ini mendesak supaya negara-negara penderma dan masyarakat antarabangsa segera berusaha menyelamatkan Gaza dan menghentikan sekatan, sebelum terlambat.

OCHA memberi amaran bahawa sektor-sektor penting di Gaza, termasuk infrastruktur, kesihatan dan pendidikan, akan lumpuh sekiranya sekatan tidak dihentikan segera. Badan itu turut mengalu-alukan keputusan Mesir untuk membuka pintu lintasan Rafah sepanjang bulan Ramadan. Ia juga memuji bantuan perubatan yang dibawa masuk dari Jordan.

OCHA turut memberi amaran terhadap tindakan rejim Zionis menembak penduduk Gaza menggunakan peluru hidup, terutama menjelang tarikh 5hb Jun di mana penduduk Gaza dijangka menyertai perhimpunan besar-besaran bersempena ulang tahun ke-51 pendudukan Zionis ke atas kota suci Baitulmaqdis.

Hospital-hospital di Gaza kehabisan bekalan ubat-ubat penting dan tidak mampu menampung keperluan rawatan untuk mangsa-mangsa yang ditembak dalam perhimpunan Great Return March di sepanjang sempadan Gaza.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts