OCHA: Rejim Zionis bina lebih 705 sekatan di Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 21 Nov 2018 — Pejabat PBB bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) telah menyempurnakan kajian menyeluruh tentang sekatan rejim Zionis ke atas pergerakan penduduk Palestin, dan mendedahkan lebih 705 sekatan kekal dibina untuk mengawal kenderaan dan juga pejalan kaki Palestin.

Angka tersebut merupakan peningkatan 3% lebih tinggi daripada kajian terdahulu yang dibuat pada bulan Disember 2016.

Sekatan tersebut termasuk 140 buah yang dikawal sepenuhnya, 165 pagar laluan yang tidak dikawal di mana hampir separuh daripadanya ditutup setiap masa, 149 sekatan dengan timbunan tanah dan 251 lagi dalam bentuk sekatan-sekatan lain yang tidak dikawal termasuk parit, bongkah sekatan jalan dan tembok.

Dalam tempoh dari Januari 2017 sehingga Julai 2018, tentera Zionis membina tambahan 4,924 sekatan sementara secara ad-hoc, iaitu hampir 60 sekatan setiap minggu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts