PA akui Abu Dis ditawar sebagai ibukota Palestin

RAMALLAH, 15 Jan 2018 — Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, dalam ucapannya di mesyuarat Majlis Pusat Palestin (PCC) semalam mengesahkan bahawa kawasan perkampungan Abu Dis ditawarkan sebagai ibukota negara Palestin merdeka.

“Apa yang kita mahukan sekiranya kita kehilangan Jerusalem [Baitulmaqdis]? Adakah kita mahu jadikan sebuah negara dengan Abu Dis sebagai ibukota? Itulah apa yang mereka sedang tawarkan kepada kita sekarang,” kata beliau.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapakah yang membuat tawaran tersebut. Beberapa hari sebelumnya pemimpin Palestin telah dimaklumkan tentang cadangan rundingan damai oleh Amerika melalui Putera Mahkota Saudi, Mohammed Bin Salman.

Cadangan tersebut turut melibatkan pertukaran tanah di wilayah Sinai, di mana rejim Zionis akan mengambil sebahagian besar tanah di Tebing Barat sebagai tukaran kawasan berdekatan sempadan Gaza.

Dalam ucapan beliau, Abbas turut mengulangi komitmen kepada penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan tahun 1967.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts