PA ambil alih kawalan pintu sempadan Rafah

GAZA, 1 Nov 2017 — Pihak pentadbiran Hamas di Gaza hari ini menyerahkan kawalan pintu lintasan sempadan sepenuhnya kepada kerajaan perpaduan Palestin, bagi memenuhi terma pertama persefahaman damai dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dipimpin oleh Fatah.

Semalam, delegasi Bank Palestin tiba di pintu Rafah untuk mengambil alih proses kutipan cukai dan fi kastam.

Pergerakan di pintu sempadan Rafah dijangka kembali seperti biasa menjelang 15 November ini.

Pada 12 Oktober lalu, Hamas dan Presiden Mahmoud Abbas menandatangani persefahaman damai di Kaherah, Mesir, yang memberi laluan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Rami Hamdallah mengambil alih pentadbiran wilayah Gaza.

Wakil khas PBB bagi Proses Damai Timur Tengah, Nickolay Mladenov, menjangka langkah tersebut akan menjurus kepada pembubaran sekatan ke atas Gaza.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts