PA arah rejim Zionis kurangkan saliran bekalan elektrik ke Gaza

GAZA, 25 Mei 2017 (PIC) — Rejim Zionis hari ini memutuskan untuk mengurangkan saliran bekalan elektrik ke wilayah Gaza mulai dua minggu lagi, berikutan arahan dari Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah.

Keputusan itu dibuat hampir sebulan selepas PA mengumumkan mereka tidak akan lagi membayar sebarang kos bekalan elektrik untuk Gaza.

Rejim Zionis membekalkan 125-129 megawatt elektrik untuk Gaza, iaitu 85% daripada keseluruhan bekalan elektrik di wilayah yang terkepung itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts