PA Bantu Operasi Tentera Zionis Di Salfit

SALFIT, 5 Dis 2015 (PIC) — Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) malam tadi mengepung kawasan Hospital Arafat di kota Salfit bagi membantu “operasi keselamatan” yang dijalankan oleh tentera Zionis.

Terdahulu, sebuah ambulan Palestin membawa jasad Abdel-Rahman al-Barghouthi ke hospital tersebut selepas beliau ditembak mati atas tuduhan cuba menikam seorang askar Zionis. Selepas ketibaan jasad beliau, pasukan keselamatan PA dikerahkan ke sekeliling kawasan hospital.

Namun mereka kemudiaannya berundur dari kawasan tersebut apabila tentera Zionis tiba bagi menjalankan “operasi keselamatan” di kota Salfit.

Suasana tegang dilaporkan tercetus apabila puluhan pemuda Palestin dan keluarga mangsa berkawal di pagar masuk bagi menghalang tentera Zionis menculik jasad mangsa.

Pertempuran juga berlaku di laluan masuk ke kota Salfit, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Abdel-Rahman al-Barghouthi, 26 tahun, ditembak mati selepas menikam seorang askar di laluan masuk perkampungan Abud di barat Ramallah tengahari semalam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts