PA cadang Intifadah dihentikan, berbincang secara rahsia dengan rejim Zionis

AL-QUDS, 27 Dis 2015 (PIC) — Pihak Berkuasa Palestin (PA) baru-baru ini mengadakan rundingan dengan rejim Zionis bagi mengemukakan status terkini berkaitan beberapa isu yang boleh dijadikan pertukaran kepada langkah-langkah untuk menghentikan Intifadah.

Mengikut laporan sebuah stesen radio Zionis, cadangan PA tesebut adalah bertujuan untuk menghentikan gelombang Intifadah yang sedang berlangsung dan seterusnya mengadakan semula rundingan damai secara rahsia dengan pihak rejim, sebagai balasan.

Ketua perunding PA, Saeb Erekat, mengusulkan cadangan tersebut dalam satu mesyuarat dengan mantan Timbalan Perdana Menteri Zionis, Silvan Shalom, di ibu pejabat perisikan Jordan di Amman bulan Julai lalu.

Tiga minggu kemudiannya, mereka bertemu lagi di ibu pejabat perisikan Mesir di Kaherah, di mana Shalom memberitahu bahawa rejim Zionis bersedia mengadakan rundingan tanpa mengenakan sebarang syarat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts