PA culik dua jurnalis Palestin

TUBAS, 2 Jun 2016 (PIC) — Pasukan perisik Pihak Berkuasa Palestin (PA) menculik dua orang jurnalis dari wilayah Ramallah dan Tubas di Tebing Barat semalam.

Jurnalis profesional Zayd Abu Ara, 29, ditahan sejurus selepas diarahkan hadir untuk disoal siasat di Tubas. Beliau sebelum ini pernah beberapa kali ditangkap berkaitan kerja-kerjanya dengan agensi berita antarabangsa Quds Press.

Sehingga kini lokasi Zayd masih tidak dapat dikesan oleh keluarganya.

Manakala fotojurnalis Ameer Abu Areim, 24, yang berkhidmat dengan saluran TV al-Aqsa di Ramallah turut diculik. Pegawai perisik PA menghentikan kenderaan yang dipandunya di Birzeit, kemudian memaksa beliau keluar dengan ugutan muncung senjata.

Dalam perkembangan lain, jurnalis Tareq Abu Zayd masih dikurung dalam penjara PA di Nablus selama 16 hari berturut-turut. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah hari ini setelah lima rayuan untuk membebaskan beliau dengan ikat jamin ditolak.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts