PA gantung bantuan kebajikan untuk 80,000 keluarga termiskin Gaza

GAZA, 11 Julai 2017 (PIC) — Pihak Berkuasa Palestin (PA) memutuskan untuk menggantung bantuan kebajikan kepada sekurang-kurangnya 80,000 keluarga termiskin di Gaza.

Sebelum ini, langkah yang sama diambil ke atas ribuan pegawai kerajaan dan keluarga tahanan di Gaza. Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada rangkaian tindakan pemimpin PA, Mahmoud Abbas, untuk mengetatkan lagi sekatan ke atas penduduk Gaza berikutan tekanan dari rejim Zionis dan Amerika.

Ribuan pekerja kerajaan di Gaza dipaksa bersara awal, manakala ribuan yang lain termasuk Ahli Parlimen dan bekas tahanan dipotong gaji dan elaun mereka tanpa sebarang alasan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts