PA halang bantuan sosial untuk 677 keluarga miskin Gaza

GAZA, 11 Apr 2017 (PIC) — Kementerian Sosial Palestin di Gaza hari ini mendedahkan bahawa Pihak Berkuasa Palestin (PA) melalui Kementerian Kewangan di Ramallah telah menghalang pembayaran dana bagi program bantuan sosial untuk 677 buah keluarga miskin di Gaza.

Menurut penjelasan wakil Kementerian Sosial, Yusuf Ibrahim, keluarga yang mendapat bantuan dalam program tersebut tidak mendapat sumber bantuan lain, sekaligus menyangkal dakwaan Kementerian Kewangan.

September tahun lalu Kementerian Kewangan pernah menghalang dana yang diperuntukan kepada ratusan keluarga miskin Gaza atas dakwaan mereka menerima bantuan dari sumber lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts