PA potong bajet bekalan ubat ke Gaza sehingga 90%

GAZA, 14 Jun 2017 (DoP) — Selepas mengarahkan rejim Zionis memotong bekalan elektrik sehingga 40% ke atas penduduk Gaza, Pihak Berkuasa Palestin (PA) memutuskan untuk memotong bajet bagi bekalan ubat ke wilayah yang terkepung itu sehingga 90%.

Tindakan tersebut menyebabkan hospital-hospital di Gaza tidak lagi mempunyai satu per tiga ubat-ubatan asas dan lebih 270 jenis peralatan perubatan untuk bilik bedah dan unit rawatan rapi.

PA membayar US$4 juta setiap bulan untuk operasi 13 buah hospital dan 54 pusat rawatan utama kerajaan di Gaza. April lalu, jumlah tersebut dikurangkan kepada $US2.3 juta, dan jumlah tersebut berkurangan ke US$500,000 pada bulan Mei lalu.

PBB meletakkan masalah ini kepada masalah hubungan di antara Fatah yang menguasai PA dan Hamas, tetapi menutup mata daripada hakikat bahawa Fatah dan PA hanyalah menjadi alat bagi rejim Zionis melaksanakan polisi mereka ke atas wilayah Palestin yang terjajah.

Langkah zalim PA ini bertujuan memberi tekanan kepada Hamas supaya menyerah kuasa di Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts