PA tangkap 10 penduduk Palestin, cedera beberapa yang lain di Tebing Barat

TEBING BARAT, 3 Mei 2016 (PIC) — Pihak Berkuasa Palestin (PA) menangkap 10 penduduk Palestin dan mencederakan beberapa yang di Tebing Barat atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti penjajahan Zionis.

Dalam kejadian di Nablus, PA menyerang satu majlis meraikan pembebasan Alam Ubeid setelah merengkok dalam penjara Zionis selama sembilan tahun. Beberapa orang cedera apabila diserang dengan peluru hidup.

Di Tulkarem, pasukan PA menculik bekas tahanan Alaa Shreitah selepas hanya sebulan dibebaskan dari penjara Zionis setelah ditahan selama 14 tahun. Pasukan yang sama turut menculik Ahmad Abu Zuhra, 22, dari tempat kerja beliau. PA juga menculik bekas tahanan Musaab al-Barghouti di Ramallah, yang sebelum ini didera dalam lokap PA.

Dalam pada itu, tentera Zionis menculik tiga pemuda Palestin dari perkampungan Termes’aya, dua hari selepas mereka dibebaskan dari penjara PA setelah menjalani hukuman penjara selama tiga bulan atas tuduhan merancang aktiviti anti penjajahan.

Seorang pensyarah dan pelajar universiti turut menjadi mangsa diculik oleh pasukan perisik PA di kota al-Khalil.

Dalam kejadian di Beit Lahm, pihak perisik PA menculik pemuda Ahmad Radi dari kem pelarian Aida. Pada masa yang sama dua beradik Khalil dan Omar Kaan dan Ibrahim Surur ditangkap di Universiti Quds.

Terdahulu, pasukan perisik PA menculik jurnalis Adeed al-Atrash setelah mereka mengarahkan beliau hadir untuk disoalsiasat di al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts