Pakar al-Quds: Zionis rancang kuasai al-Aqsa dengan dukungan Arab

AL-QUDS, 25 Julai 2017 — Pakar hal ehwal al-Quds dan Masjid al-Aqsa, Jamal Amer, melahirkan kebimbangan bahawa rejim Zionis telah berjaya menanam fitnah dengan memasang “alat-alat pengesan” di semua pintu masuk al-Aqsa menggantikan pintu elektronik dan kamera CCTV.

Menurut beliau, langkah tersebut lebih bahaya bagi penduduk Palestin kerana ia merupakan langkah awal rejim Zionis menguasai Masjid al-Aqsa dengan dukungan pihak Arab.

Apa yang dibimbangi oleh penduduk Palestin di al-Quds bukanlah isu pintu elektrik atau kamera CCTV, mahupun sensor berkuasa tinggi yang merbahaya kepada kesihatan, tetapi penerapan fasa baharu Zionis menguasai al-Aqsa dengan kekuatan senjata dan dukungan pihak Arab.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts