Pakar arkeologi Zionis nafi kaitan al-Aqsa dan Yahudi

AL-QUDS, 16 Okt 2016 (MEMO) — Pakar arkeologi Zionis, Meir Ben-Dov, menegaskan bahawa Tembok Ratapan di barat Masjid al-Aqsa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masjid suci itu mahupun kuil purba Yahudi.

Kenyataan beliau yang disairkan oleh al-Jazeera pada hari Khamis lalu turut menyebut bahawa Tembok Ratapan, juga dipanggil Tembok Buraq, tidak mempunyai sebarang nilai keagamaan bagi kaum Yahudi.

Rejim Zionis Jumaat lalu menggantung semua kerjasama dengan UNESCO apabila badan dunia itu menerima undian satu resolusi yang menafikan kaitan Yahudi dengan Masjid al-Aqsa. 24 negara ahli UNESCO menyokong resolusi tersebut, enam membantah manakala 26 yang lain berkecuali.

Amerika, United Kingdom, Lithuania, Estonia dan Belanda membantah resolusi tersebut manakala Russia dan China menyokong.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts