“Pakistan akan menyediakan biasiswauntuk pelajar perubatan Palestin dari Gaza bagi melanjutkan pengajian mereka di negara itu” ujar Kementerian Luar Pakistan.
Jurucakap Kementerian Luar, Mumtaz Zahra Baloch menyatakan ini adalah arahan Menteri Luar, Mohammad Ishaq Dar. Keputusan ini membolehkan pelajar-pelajar Gaza menamatkan pengajian mereka di Pakistan dalam bidang kardiologi, ortopedik, onkologi, pediatrik dan pembedahan bagi menangani keperluan kritikal dalam sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Pelajar Palestin di Gaza akan segera didaftarkan dalam jumlah 20-30 orang.
Yayasan al-Khidmat dan Universiti Antarabangsa Rafah Islamabad akan menawarkan biasiswa kepada 100 pelajar perubatan dari Gaza untuk menyambung pengajian di Pakistan.
Satu perjanjian telah ditandatangani dengan kedutaan Palestin di Islamabad pada bulan lalu.