Palang Merah: Gaza bakal lumpuh kerana krisis elektrik

GAZA, 26 Apr 2017 (DoP) — Pengarah Palng Merah Antarabangsa di Gaza, Yves Daccord, hari ini memberi amaran bahawa wilayah yang terkepung itu bakal lumpuh kerana krisis bekalan elektrik yang meruncing.

Gaza kini hanya mendapat bekalan eleketrik selama empat jam sehari kerana sekatan oleh rejim Zionis, Mesir dan juga pentadbiran Palestin di Ramallah, yang menghalang kemasukan bekalan minyak.

Hospital-hospital di Gaza mungkin terpaksa menghentikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk termasuk kanak-kanak dan wanita kerana kekangan tenaga elektrik.

Daccord mendesak langkah segera pihak antarabangsa untuk memulihkan bekalan elektrik di Gaza yang sedang mengancam kehidupan setiap penduduk Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts