Palestin Melahirkan Ribuan Penghafal Al-Qur’an

Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haneyya, menegaskan bahawa kunjungan dan pertemuan beliau dengan penghafal Al-Quran di perkhemahan Al-Furqan merupakan satu kebanggaan bagi pemerintah Palestin dan rakyatnya. Ia juga merupakan satu mahkota kehormatan dan anugerah besar dari Allah. “Alangkah indahnya kita berkumpul di atas hidangan Al-Quran dan memulai hari ini dengan ditemani para penghafal Al-Quran,” tegas Haneyya bangga.

Ustaz Haneyya menegaskan bahawa pemerintah Palestin berusaha melahirkan generasi al-Quran untuk mendukung dasar dan pembangunan masa depan. Akidah umat harus dibina dengan generasi berperadaban yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan ajaran-ajarannya. Beliau juga menegaskan bahawa hal itu lebih penting dari strategi-strategi lain yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ini adalah kerana Al-Quran dan kekuasaan tidak mungkin dapat dipisahkan. “Jika keduanya dipisahkan maka umat akan hancur,” tegas Haneyya.

Kenyataan Ustaz Haneyya itu disampaikan pada hari Isnin, 6 Julai lalu dalam lawatannya memeriksa perkhemahan Al-Furqan dan Kanzol Hufadl disamping mengunjungi radio Al-Quran.

Ustaz Haneyya turut menyampaikan apresiasinya kepada para pengelola dan guru penghafal Al-Quran. Beliau memetik hadith Rasulullah saw, “Barangsiapa yang mengajarkan satu ayat dari Kitab Allah maka ia mendapatkan pahala dari ayat yang ia ajarkan setiap kali dibaca.” Ustaz Haneyya juga menyampaikan apresiasinya kepada Jabatan Wakaf yang diwakili oleh Menteri Dr Thalib Abu Syi’r dan para pekerja yang terlibat dalam program penghafal Al-Quran.

Sementara itu Menteri Wakaf Palestin Dr Thalib Abu Syir menegaskan bahawa hari itu adalah hari paling mulia daripada hari-hari Palestin dan Jalur Gaza sebab pihaknya berjaya melahirkan dengan bangga ribuan penghafal Al-Quran.

Dr Thalib menegaskan bahawa Jabatannya tahun lalu telah melahirkan 2000 penghafal Al-Quran putera dan puteri sementara tahun ini akan melahirkan hampir 6500 penghafal Al-Quran putera dan puteri. Ini merupakan pencapaian yang sangat besar, di tengah kesengsaraan dan sekatan yang menimpa rakyat Palestin.

Dr Thalib menghargai Ustaz Ismail Haneyya atas peranan dan sokongan serta bantuannya karena telah mengeluarkan keputusan memotong 1% gaji pegawai pemerintah untuk mendukung program hafalan Al-Quran dan juga mengkhususkan waktunya untuk memantau mereka.

Dalam kunjungannya di Radio Al-Quran, Ustaz Haneyya sempat membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan mengumandangkan azan zuhur secara on air. (dakwatuna)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts