Palestin Perlu Pertahan Intifadah Al-Quds

BETHLEHEM, 27 Okt 2015 (Maan) — Palestin perlu kepada strategi kebangsaan yang dapat mempertahankan serta menyemarakkan lagi Intifadah Al-Quds.

Satu kenyataan pemimpin Harakat al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas), Ismail Haniyeh, yang disiarkan di Lubnan semalam menyebut bahawa mereka bersedia untuk bersatu di setiap peringkat, dalam hal politik dan tindakan di lapangan, dan sedia untuk bersetuju dalam strategi kebangsaan bagi mempertahan Intifadah dan mengembalikan hak penduduk Palestin dan kedaulatan bangsa.

Dalam ucapan beliau, Ismail turut memberi amaran terhadap usaha Amerika dan masyarakat antarabangsa untuk menyekat Intifadah, sambil menegaskan bahawa tidak ada kuasa yang akan dapat memadam kebangkitan dalam memperjuangkan maruah, kebebasan dan pembebasan.

Beliau membidas rundingan antarabangsa yang cuba menutup kejahatan rejim Zionis dalam menjajah bumi Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts