BAITULMAQDIS, 5 Sep 2018 — Paraguay memutuskan untuk memindahkan semula pejabat kedutaannya ke Tel Aviv hanya selepas tiga bulan mengikut tindakan Amerika Syarikat membuka pejabat kedutaan di kota suci Baitulmaqdis.
Keputusan Paraguay itu mencetus kemarahan rejim Zionis, yang bertindak balas dengan menutup pejabat kedutaannya di Asunción dan memanggil dutanya pulang.
Bulan Mei lalu, negara Amerika Latin itu mengikuti langkah Amerika Syarikat memindah pejabat kedutaan ke Baitulmaqdis dan dipuji oleh pemimpin Zionis sebagai sebuah negara yang mengambil langkah berani dalam hal ehwal antarabangsa.
(PIC, IMEMC)