Paranoid! Penduduk Yahudi Panik Apabila Siren Kecemasan Dibunyikan

NAZARETH, 2 Nov 2017 — Siren kecemasan yang dibunyikan di kota Tel Aviv-Jaffa, Givatayim, Bat Yam, Halon dan Azur sebelum waktu Subuh tadi mencetus suasana panik dan ketegangan di kalangan penduduk Yahudi.

Bagaimanapun siren yang bermula pada jam 2:48 pagi itu adalah amaran palsu.

Rejim Zionis merancang untuk adakan latihan bunyi siren pada waktu pagi minggu ini di Tel Aviv, namun dibatalkan kerana suasana tegang di sempadan Gaza berikutan serangan tentera udara Zionis ke atas terowong bawah tanah yang mengorbankan tujuh pejuang Palestin.

Penduduk Yahudi bimbang terhadap tindak balas dari pasukan pejuang di Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts