Parlimen Greek sebulat suara sokong pengiktirafan negara Palestin berdaulat

ATHENS, 22 Dis 2015 (IMEMC) — Parlimen Greek hari ini sebulat suara bersetuju kepada satu resolusi untuk mendesak kerajaannya mengiktiraf negara Palestin secara rasmi. Undian telah dibuat dalam satu sesi parlimen yang dihadiri oleh Perdana Menteri Greek, Alexis Tsipras, dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas.

Resolusi tersebut bagaimanapun bukan suatu yang mengikat, dan tidak membentuk pendirian kerajaan Greek demi menjaga hubungan sedia ada dengan rejim Zionis. Sebelum ini beberapa buah parlimen di Eropah mengambl langkah yang sama, termasuklah Britain, Ireland dan Perancis.

Negara Palestin setakat ini mendapat pengiktirafan oleh sebanyak 137 negara lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts