Selepas sekian lama berdendam dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang banyak berbakti pada rakyat Palestin, Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang kontroversi mengharamkan operasi agensi kemanusiaan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Agensi yang dianggap sebagai talian hayat bagi Gaza itu akan diharamakan beroperasi di di Israel dan timur Baitulmaqdis yang diduduki, meskipun terdapat bantahan dari Amerika Syarikat (AS).
Pengharaman itu berisiko meruntuhkan proses pengagihan bantuan yang sudah rapuh ketika krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk dan Israel berada di bawah tekanan untuk membenarkan bekalan bantuan disalurkan kepada mangsa perang.