Parlimen Zionis lulus deraf undang-undang buang Ahli Parlimen bangsa Arab

NAZARETH, 19 Julai 2016 (PIC) — Parlimen Zionis semalam meluluskan deraf undang-undang yang membenarkan Ahli Parlimen bangsa Arab dibuang tugas.

Undang-undang tersebut bertujuan untuk membuang Ahli Parlimen Arab yang dituduh membuat hasutan perkauman atau menyokong penentangan bersenjata terhadap rejim Zionis.

Pihak pembangkang menolak deraf undang-undang tersebut dengan mendesak supaya Ahli Parlimen bangsa Arab hanya digantung tugas, bukan dibuang.

Februari lalu, tiga Ahli Parlimen Arab dihalang menghadiri sesi parlimen untuk tempoh sehingga empat bulan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts