Parlimen Zionis lulus Undang-Undang Facebook

BAITULMAQDIS, 17 Julai 2018 — Parlimen Zionis, Knesset, meluluskan bacaan pertama ke atas Undang-Undang Facebook yang memberi kebenaran kepada pihak rejim untuk memadam kandungan yang disiar melalui laman-laman media sosial.

Apabila diluluskan sepenuhnya kelak, mahkamah Zionis diberi kuasa untuk memadam kandungan internet yang dianggap “mengancam keselamatan awam, ekonomi, negara atau infrastruktur penting.”

Undang-undang tersebut boleh diguna pakai ke atas kandungan Facebook, Twitter, Youtube dan lain-lain media sosial. Ia juga akan menghalang kandungan terbabit daripada tersenarai dalam carian internet seperti Google.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts