Parlimen Zionis lulus undang-undang haramkan laungan azan bagi perbahasan pertama

AL-QUDS, 8 Mac 2017 (PIC) — Parlimen Zionis tengahari tadi meluluskan perbahasan pusingan pertama ke atas deraf undang-undang yang akan mengharamkan azan di seluruh wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Deraf terbaharu ini dipinda dan dibahas semula bagi menghalang laungan azan melalui pembesar suara hanya antara jam 11:00 malam sehingga 7:00 pagi, setelah Menteri Kesihatan Zionis Yaakov Litzman iaitu seorang ahli parlimen dari parti ultra-Ortodoks membuat rayuan kerana bimbang undang-undang tersebut akan turut memberi kesan kepada amalan Yahudi melaungkan siren setiap minggu bagi menandakan ketibaan Shabbat.

Kesalahan melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan denda sebanyak 10,000 shekel (RM12,000.)

Deraf ini perlu dibahas dalam tiga pusingan sebelum boleh diwartakan sebagai undang-undang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts