BEIT LAHM, 19 Jun 2016 (Maan) — Parlimen Zionis hari ini meluluskan dana tambahan sebanyak 72 juta shekel (US$18.6 juta) untuk penempatan haram Yahudi di Tebing Barat atas alasan “keadaan keselamatan” di wilayah tersebut semakin memberi ancaman.
Sebelum ini dana sebanyak 340 juta shekel (US$87.9 juta) telah diperuntukkan kepada penempatan Yahudi.
Antara lain perutukan tersebut akan digunakan untuk mewujudkan pusat-pusat bantuan psikologi kepada pendatang haram Yahudi yang terkesan oleh kebangkitan rakyat Palestin sejak Oktober lalu.
Intifadah al-Quds dikatakan memberi kesan kepada kehidupan dan ekonomi pendatang Yahudi, sekaligus membawa tekanan tekanan psikologi kepada mereka.