Parlimen Zionis luluskan deraf “undang-undang Facebook”

BEIT LAHM, 3 Jan 2017 (Maan) — Parlimen Zionis meluluskan deraf “undang-udnang Facebook” dalam perbahasan pusingan pertama, yang akan memaksa pengendali laman sosial itu memadam semua maklumat yang disifatkan sebagai menghasut.

Deraf tersebut perlu melalui tiga pusingan perbahasan sebelum dijadikan undang-undang rasmi.

Sungguhpun Facebook telah akur kepada arahan rejim Zionis dengan memadam sebanyak 95% daripada maklumat yang disifatkan oleh rejim sebagai menghasut, sebahagian ahli parlimen Zionis mendakwa bahawa syarikat tersebut masih tidak mengambil langkah secukupnya untuk membuang maklumat yang menghasut “keganasan ke atas Yahudi.”

Undang-undang tersebut akan diguna pakai ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat. Beberapa negara Eropah termasuk Perancis dan Jerman telahpun mengguna pakai undang-undang seumpama itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts