Parlimen Zionis Luluskan Hukuman Penjara Minima 3 Tahun Untuk Kesalahan Membaling Batu

AL-QUDS, 3 Nov 2015 (IMEMC) — Parlimen Zionis yang juga dikenali sebagai Knesset meluluskan hukuman penjara selama minima tiga tahun terhadap pesalah membaling batu ke arah kenderaan atau pejalan kaki.

Dalam undian menyokong sebanyak 51 berbading bantahan sebanyak 17 itu, ahli parlimen meluluskan beberapa pindaan terhadap undang-undang jenayah Zionis, dengan meingkatkan hukuman penjara minimum kepada tiga tahun serta melucutkan geran kebajikan serta bantuan-bantuan lain ke atas ibubapa kanak-kanak terbabit sepanjang tempoh hukuman. Undang-undang ini diluludkan sebagai “peruntukan sementara” dan harus diperbaharui oleh parlimen dalam tempoh tiga tahun lagi.

Julai lalu, parlimen Zionis telah meluluskan satu undang-undang membenarkan hukuman penjara sehingga 10 tahun ke atas sesiapa sahaja yang disabitkan dengan kesalahan membalign batu ke arah kenderaan, tanpa perlu membawa bukti bahawa pesalah berniat untuk merosakkan kenderaan atau mencederakan penumpangnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts