Parlimen Zionis Setuju Deraf Undang-Undang “Penyatuan Jerusalem”

NAZARETH, 2 Jan 2018 — Deraf undang-undang “Penyatuan Jerusalem” telah diluluskan bagi pembentangan kali kedua dan ketiga dalam parlimen Zionis, dengan 64 undi menyokong dan 51 undi membantah.

Deraf undang-undang tersebut bakal memisahkan kawasan kejiranan Palestin dalam wilayah Baitulmaqdis dan menghalang mana-mana kawasan di kota suci itu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam mana-mana rundingan akan datang. Apa-apa keputusan melibatkan wilayah kota suci umat Islam itu memerlukan persetujuan majoriti dua-per-tiga, atau 80 orang ahli parlimen Zionis, walaupun untuk tujuan perjanjian damai.

Deraf yang diusulkan oleh parti Jewish Home itu merupakan persiapan untuk memisahkan kawasan penduduk Palestin di Baitulmaqdis, khususnya di kejiranan Kafr Aqab dan Shu’fat, dan membentuk sebuah majlis tempatan baharu untuk mereka.

Ia sepatutnya telah lama dibahas sebelum ini, namum pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu menangguhkannya sehingga selepas Presiden Amerika Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts